Thursday, 26 January 2012

Pemuda Bertindak Tanam Hidup-Hidup Tunang Kerana Bosan Dengannya !


Apa yang anda buat apabila anda sudah bosan dengan teman wanita anda? perkara yang paling mudah sekali adalah dengan meninggalkan teman wanita anda itu dan carilah yang lain dan biarkan teman wanita anda cari
pengganti yang lebih baik daripada anda.
Tetapi itu bukanlah pilihan bagi seorang pemuda di Britain. Dia bertindak tanam hidup-hidup tunangnya di sebuah hutan setelah memasukkan tunangnya itu ke dalam sebuah kotak. Nasib baik tunangnya masih mampu menyelamatkan dirinya dengan melepaskan ikatan dan mula mengorek keluar dari lubang.
Mari kita senaraikan perkara yang boleh dibuat apabila kita sudah bosan dengan teman wanita:

  1. Ikat dan tanam dia hidup-hidup.
  2. Tinggalkan dia dan cari teman hidup lain.
  3. Teruskan perhubungan dan dalam masa yang sama mula cari seorang lagi teman wanita untuk dikahwini.
  4. Bincang dengan teman wanita anda agar mengubah dirinya menjadi orang lain.
  5. Tukar keadaan diri dan cara anda berfikir dan menerima teman wanita anda seadanya dan buat keputusan untuk bergembira.
  6. Jangan buat apa-apa dan biarkan ianya berlalu begitu saja.
  7. Jadikan teman hidup anda sebagai teman bergaduh untuk melepaskan geram.
  8. Buat perkara-parkara yang teman anda tidak suka agar dia terus meninggalkan anda.
Mungkin ada banyak lagi yang boleh kita buat tetapi sebenarnya ada lima cara terbaik yang mampu menyelamatkan rumah tangga kita, ianya adalah:
  1. Sabar
  2. Sabar
  3. Sabar
  4. Sabar
  5. Sabar
Amalkannya, insya-Allah anda selamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...